Thursday 13 December 2012

Pengembangan dan Pengecutan

Tahukah anda tentang konsep pengembangan dan pengecutan? Sila tonton video di bawah:

Dengan menonton video di atas, kita boleh mengetahui bahawa bahan mengembang apabila dipanaskan manakala bahan mengecut apabila disejukkan. Kita boleh melihat contoh-contoh di bawah:

- Bebola besi  mengembang apabila dipanaskan.
- Bebola besi mengecut apabila disejukkan.

- Apabila air berwarna dipanaskan, ia mengembang, isipadu air bertambah dan menyebabkan paras air naik.
- Apabila air berwarna disejukkan, ia mengecut, isipadu air berkurang dan menyebabkan paras air turun.

- Udara belon mengembang apabila dipanaskan. Isipadu udara bertambah dan menjadikan belon semakin membesar.
- Udara belon mengecut apabila disejukkan. Isipadu udara berkurang dan menjadikan belon semakin mengecut.

Penggunaan prinsip pengembangan dan pengecutan dalam kehidupan harian:
- Pemisah pada landasan kereta api. Pemisah yang dibuat menghalang landasan daripada menjadi bengkong ketika ia mengembang.
- Kabel elektrik dipasang kendur. Ini dapat menghalang kabel menjadi putus apabila kabel mengecut dan menjadi terlalu tegang pada waktu sejuk.
- Roda dan alur pada jambatan logam membenarkan landasan mengembang dan mengecut tanap mengalami keretakan.
- Haba daripada air panas menjadikan penutup botol yang diperbuat daripada logam mengembang. Ini menjadikan penutup mudah dibuka.

5 comments: