Thursday 13 December 2012

Pengembangan dan Pengecutan

Tahukah anda tentang konsep pengembangan dan pengecutan? Sila tonton video di bawah:

Dengan menonton video di atas, kita boleh mengetahui bahawa bahan mengembang apabila dipanaskan manakala bahan mengecut apabila disejukkan. Kita boleh melihat contoh-contoh di bawah:

- Bebola besi  mengembang apabila dipanaskan.
- Bebola besi mengecut apabila disejukkan.

- Apabila air berwarna dipanaskan, ia mengembang, isipadu air bertambah dan menyebabkan paras air naik.
- Apabila air berwarna disejukkan, ia mengecut, isipadu air berkurang dan menyebabkan paras air turun.

- Udara belon mengembang apabila dipanaskan. Isipadu udara bertambah dan menjadikan belon semakin membesar.
- Udara belon mengecut apabila disejukkan. Isipadu udara berkurang dan menjadikan belon semakin mengecut.

Penggunaan prinsip pengembangan dan pengecutan dalam kehidupan harian:
- Pemisah pada landasan kereta api. Pemisah yang dibuat menghalang landasan daripada menjadi bengkong ketika ia mengembang.
- Kabel elektrik dipasang kendur. Ini dapat menghalang kabel menjadi putus apabila kabel mengecut dan menjadi terlalu tegang pada waktu sejuk.
- Roda dan alur pada jambatan logam membenarkan landasan mengembang dan mengecut tanap mengalami keretakan.
- Haba daripada air panas menjadikan penutup botol yang diperbuat daripada logam mengembang. Ini menjadikan penutup mudah dibuka.

Tuesday 11 December 2012

Tenaga


Tenaga amat diperlukan dalam kehidupan kita. Tahukah apa itu tenaga?


Keistimewaan Tenaga
1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
2. Tenaga diperlukan oleh hidupan untuk menjalankan proses-proses hidup seperti bernafas, bergerak 
dan untuk pertumbuhan.


3. Tenaga juga diperlukan oleh hidupan untuk menjalankan aktiviti dan kerja-kerja harian.
4. Tenaga juga diperlukan oleh bukan hidupan untuk menjadikannya berguna atau berfungsi.

Sumber Tenaga
Terdapat pelbagai sumber tenaga, iaitu:
1) Matahari

~ Matahari ialah sumber tenaga yang utama. 
Ini kerana kebanyakan tenaga adalah berasal daripada Matahari.

Tahukah anda?
Tanpa tenaga, tidak akan terdapat apa-apapun – tiada kehidupan, tiada pergerakan, tiada cahaya, tiada 
haba, dan juga tiada kamu.

2) Bahan Api





















~ Bahan api semula jadi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahan api asli, iaitu bahan api yang tidak boleh diperbaharui dan bahan api bio yang dijana daripada tumbuhan dan haiwan yang boleh diperbaharui.
~ Contoh bahan api asli ialah petroleum, gas asli dan arang batu. 


3) Angin
~ Sumber tenaga angin digunakan bagi menggerakkan turbin yang disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik.

4) Makanan
~ Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk membiak, membesar dan berkembang, serta bergerak, bekerja, bermain, berfikir.
~ Manusia perlu mengambil makanan seimbang supaya kekal sihat.

5) Air
~ Tenaga air merupakan tenaga yang boleh diperbaharui.
~ Sumber tenaga air  digunakan bagi menggerakkan turbin yang disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik.
~ Sistem ini sama seperti sistem tenaga angin.

6) Sel Kering
~ Sel kering juga dikenali sebagai bahan api buatan.
~ Sel kering ialah sejenis sel elektrokimia dengan elektrolit kelembapan rendah lekit. Ia merupakan sumber tenaga elektrik yang biasa digunakan dalam peralatan elektrik.

Rumusan
- Hidupan sangat bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian.
- Hidupan memerlukan tenaga untuk bergerak, membesar, membiak dan sebagainya.
- Manusia memerlukan tenaga untuk memasak makanan dan minuman.
- Kenderaan memerlukan tenaga untuk dihidupkan dan bergerak.
- Oleh itu adalah penting untuk manusia memelihara sumber-sumber yang boleh menja.


Monday 3 December 2012

Latihan: Cara Haiwan Bergerak

Bolehkah anda membuat lembaran kerja di bawah?



Cara Haiwan Bergerak

Hi kanak-kanak, tahukah anda haiwan boleh bergerak?Bolehkah anda menjelaskan mengapa dan bagaimana haiwan bergerak? Dengan kaki? Sayap? atau badan?

Marilah kita menonton video di bawah:


Untuk pengetahuan anda, haiwan bergerak untuk:
~ mencari makanan
~ melarikan diri daripada musuh
~ mencari tempat untuk hidup
~ mencari pasangan untuk membiak

Haiwan boleh bergerak dengan pelbagai cara:






Monday 19 November 2012

Latihan: Ciri-ciri Luaran Haiwan

Anda telah mengetahui setiap haiwan mempunyai ciri-ciri luaran tersendiri. Bolehkah anda membeza dan menyebut ciri-ciri luaran haiwan di bawah?


katak

harimau

kambing

ikan

ayam

burung


Tuesday 13 November 2012

Ciri-ciri Luaran Haiwan

Terdapat pelbagai jenis haiwan di bumi ini. Setiap haiwan mempunyai ciri-ciri luaran yang tertentu dan boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan. Antara ciri luaran yang terdapat pada haiwan adalah :

a) paruh

b) cakar

c) bulu pelepah

d) bulu

e) tanduk

f) kaki

g) sisik

h) ekor

i) sayap


Video di bawah menunjukkan kepelbagaian ciri luaran haiwan. Dapatkah anda mengenali?

Latihan: Kemagnetan


1. Magnet ialah bahan yang dapat menarik __________ tertentu ke arahnya.
    A) bukan logam
    B) logam
    C) plastik
    D) getah

2. Bahan-bahan yang diperbuat daripada bahan magnet boleh ditarik oleh magnet, kecuali
   A) keluli
   B) kobalt
   C) plastik
   D) besi

3. Magnet yang berkutub N atau U berwarna __________.

4. Magnet yang berkutub S berwarna _________ .

5. Apabila dua kutub magnet yang berlainan saling mendekati, kedua-dua magnet akan ________________________________ .

6. Sila nyatakan cara-cara yang dapat menjaga dan memegang magnet dengan baik.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.