Monday 12 November 2012

Kemagnetan

Pernahkah anda melihat peti sejuk yang dipenuhi dengan magnet cantik dan berwarna-warni? Kenapa magnet-magnet tersebut dapat terlekat pada peti sejuk tersebut?



Apa itu magnet?

Magnet ialah bahan yang dapat menarik logam tertentu ke arahnya.

  • Semua bahan yang dibuat daripada bahan magnet boleh ditarik oleh magnet seperti besi, keluli, nikel dan kobalt.

Terdapat beberapa bentuk magnet yang biasa kita jumpa, antaranya ialah: 




Sifat-sifat magnet:

Warna yang mewakili kutub N(north) atau U(utara) ialah putih dan warna yang mewakili kutub S(south / selatan) ialah merah.


Kutub tidak senama tarik-menarik manakala kutub senama tolak-menolak.
  • Apabila dua kutub magnet yang berlainan saling mendekati, magnet akan menarik satu antara lain.
  • Apabila dua kutub yang sama diletak bersama, magnet akan saling menolak.  


video di atas menunjukkan dua kutub magnet yang berlainan saling mendekati dan menarik satu antara lain manakala semasa kutub yang sama saling mendekati akan saling menolak.  


Cara-cara untuk menjaga dan memegang magnet dengan baik:
  • memegang dengan kuat supaya tidak menjatuhkan magnet.
  • tidak mengetuk magnet
  • tidak membakar magnet






3 comments: